KUALA LUMPUR: Pertemuan keluarga pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, dengan keluarga pelakon, Que Haidar, mencetuskan spekulasi mengenai hubungan mereka, namun Fazura menegaskan pertemuan itu sekadar usaha mengeratkan silaturahim.
Fazura berkata, pertemuan berkenaan bukan sesuatu yang luar biasa kerana mereka sudah lama bersahabat.
"Sebagai sahabat, apa salahnya berjumpa keluarga? Tak salah, kan sahabat berjumpa keluarga? Alhamdulillah. Jadi, untuk ke depan, saya tak berani nak komen panjang.
"Bila jumpa keluarga, apa salahnya? Kita mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga Faz dan keluarga Que" katanya ketika ditemui pada majlis resepsi pasangan Syed Saddiq dan Bella di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, malam tadi.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fradzi12_663069.png&w=480&output=webp&q=85&we)


