Kuala Lumpur: Jenama makanan segera dari China, Panda Tata menyasarkan pembukaan 100 cawangan di Malaysia dalam tempoh tiga tahun menerusi model francais dengan kerjasama rakan kongsi tempatan.
Pengurus Operasinya, Daniel Leng berkata, syarikat itu merancang membuka antara 20 hingga 30 cawangan baharu tahun depan selepas membuka cawangan pertamanya di NU Sentral.
Katanya, kos pelaburan untuk meluaskan rangkaian itu dianggarkan RM1 juta bagi setiap cawangan.
"Bagaimanapun, tawaran francais kepada umum belum dibuka kerana syarikat mahu memastikan operasi cawangan pertama berjalan lancar terlebih dahulu.









