Kuala Lumpur: Rapid KL akan menyediakan 85 perkhidmatan bas khas ke di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersempena perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia PETRONAS 2026 dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Syahrul Azmir Ahmad Zaki berkata perkhidmatan itu akan beroperasi dari beberapa lokasi utama terpilih iaitu Hab Bas Pasar Seni, Hentian Bas KLCC dan Hab Bas KLIA Terminal 2 ke SIC dengan kadar tambang tertentu.

Katanya, bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan mengelakkan tempoh menunggu yang panjang pada hari acara, pengunjung disaran membuat pembelian tiket lebih awal.

"Orang ramai boleh mendapatkan tiket bas di beberapa lokasi terpilih bermula 22 Oktober ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.