WASHINGTON: Elon Musk mengumumkan rancangan untuk memberikan satu saham dalam syarikat angkasa lepasnya, SpaceX, kepada setiap kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) tahun depan, dalam langkah yang boleh bernilai lebih AS$10 bilion, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Usahawan bilionair itu berkata menerusi platform media sosial, X, hari ini bahawa pemberian itu akan menjadi inisiatif pertama seumpamanya daripada 'banyak lagi' yang dirancangnya, namun beliau tidak memberikan butiran mengenai pelaksanaan rancangan berkenaan.
Menurut data banci terkini AS, terdapat lebih 70 juta penduduk berusia bawah 18 tahun di negara itu.
Berdasarkan harga saham SpaceX ketika ini, pengagihan satu saham kepada setiap kanak-kanak akan menelan belanja lebih AS$10 bilion.









