PETALING JAYA: Rapid KL menyediakan sebanyak 85 bas khas bagi memudahkan pengunjung ke PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 30 Oktober hingga 1 November ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd., Syahrul Azmir Ahmad Zaki berkata, perkhidmatan khas itu disediakan bagi memenuhi keperluan mobiliti pengunjung sepanjang acara.
“Setiap tahun, peminat sukan permotoran dari pelbagai lokasi akan berkumpul di Sepang untuk merasai sendiri kemeriahan perlumbaan bertaraf dunia ini.
“Rapid KL berharap perkhidmatan yang disediakan dapat membantu menjadikan perjalanan mereka ke litar lebih mudah dan selesa,” katanya dalam kenyataan.









