PETALING JAYA – Sepasang kekasih dikecam orang ramai apabila didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh secara terang-terangan di dalam sebuah kafe, sekali gus tidak menghiraukan kehadiran pelanggan lain.
Menerusi hantaran dimuat naik seorang pengguna Thread, dia memuat naik video dan gambar pasangan tersebut yang didakwa tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai.
“Dahlah student (pelajar) lagi, lepas tu ‘comolot’ (bercium) kat tempat awam. Tempat ramai orang pun berani juga nak buat. Walau yang dah kahwin pun, tak ‘comolot’ kat public (tempat awam) lah,” katanya pada hantaran itu.










