PASIR PUTEH – Seorang lelaki dicekup selepas dipercayai melakukan perbuatan jijik dan tidak senonoh terhadap seekor kucing di sebuah rumah dekat sini sehingga video kejadian tersebut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob berkata, suspek yang berusia 49 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis pagi tadi.
Katanya, semakan mendapati, lelaki itu memiliki rekod jenayah lampau berkait kes dadah dan pecah rumah.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Pasir Puteh di sini untuk prosiding reman esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetub








