KEMAMAN: Pameran kerjaya dan sesi temu duga terbuka MARA Career Crafting – East Coast Chapter 2026 merekodkan seramai 604 calon dberjaya dalam sesi temu duga, manakala 371 calon dipilih untuk meneruskan ke peringkat temu duga kedua.

Program dua hari berakhir semalam di Dewan Seri Perdana, TVETMARA Kemaman, anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu mengetengahkan lebih 2,000 kekosongan jawatan, sekali gus membuka peluang kepada graduan dan pencari kerja di Pantai Timur untuk berhubung secara langsung dengan pihak industri.

Sepanjang dua hari penganjuran, program itu merekodkan kehadiran seramai 2,273 orang, terdiri daripada 1,281 pencari kerja dan 992 pelawat, dengan penyertaan 34 syarikat daripada pelbagai sektor, khususnya industri minyak dan gas.