Melaka: Veteran DAP, Teresa Kok memenangi saman fitnahnya terhadap Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh, dengan Mahkamah Tinggi menganugerahkan beliau RM250,000 sebagai ganti rugi am dan ganti rugi teruk.

Dalam satu kenyataan, peguam Kok, Datuk Sankara Nair memaklumkan bahawa Hakim Isa Aziz Ibrahim turut membenarkan perintah injunksi bagi menghalang Ketua Pemuda Umno itu daripada terus mengeluarkan kenyataan berbau fitnah terhadap anak guamnya.

Sankara berkata, mahkamah juga mengarahkan pemadaman kenyataan yang dipertikaikan itu daripada semua platform media sosial.

Beliau berkata, Akmal turut diperintahkan untuk membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Kok.