MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, meluluskan cadangan rombakan kerajaan yang dikemukakan Perdana Menteri, Mikhail Mishustin, lapor agensi berita negara yang memetik Kremlin.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata Mishustin mengemukakan beberapa cadangan pertukaran jawatan dalam kerajaan kepada Putin ketika pertemuan bagi membincangkan isu sosial dan ekonomi.
Rombakan itu susulan pilihan raya parlimen pada September yang menyaksikan perubahan keanggotaan Dewan Negara (Duma), iaitu dewan rendah parlimen Russia.
Langkah itu turut dibuat ketika Moscow berusaha mencari sumber pertumbuhan ekonomi baharu berikutan peningkatan defisit belanjawan, kenaikan cukai dan kadar faedah yang kekal tinggi.









