PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Mahkamah Tinggi supaya mendengar semula permohonan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan empat anak syarikatnya bagi mengetepikan penghakiman ingkar yang dimasukkan terhadap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azhahari Kamal Ramli, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Alice Loke Yee Ching membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan oleh 1MDB dan keempat-empat anak syarikatnya.

Azhahari mengarahkan agar kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh di hadapan hakim lain.

Beliau menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.