KUALA LUMPUR - Kerjasama strategik dalam pencegahan rasuah, perkongsian maklumat dan pemantapan tadbir urus diperkukuh antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Nota kerjasama strategik itu dimeterai menerusi kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman di Markas ATM di sini pada Isnin.Markas Angkatan Tentera dalam kenyataan memaklumkan, nota kerjasama itu menjadi kesinambungan iltizam kepimpinan ATM untuk melaksanakan pembersihan menyeluruh dalam pengurusan organisasi, khususnya dalam aspek perolehan dan kewangan."Kerjasama ini menzahirkan Tonggak Kedua Perintah Ulung PAT ke-24, 'Tatakelola Tuntas, Integriti Terpelihara'."Tonggak ini menuntut setiap perwira bukan sahaja cekap dalam tugas, malah teguh dalam amanah. Integriti adalah kekuatan tempur, dan kepercayaan rakyat adalah perisai utama organisasi," katanya pada Isnin.Kunjungan tersebut kemudian disusuli dengan Sesi Menandatangani Nota Kerjasama Baharu antara ATM dan SPRM.Kemuncak majlis menyaksikan nota kerjasama ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Fazal Abdul Rahman dan Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin yang disaksikan oleh PAT dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebagai simbol tekad bersama ke arah ATM yang bersih, telus dan berwibawa.Majlis diakhiri dengan upacara menandatangani Buku Lawatan dan pertukaran cenderahati sebagai penghargaan.Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman; Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Ts Badarudin Taha; Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Nur Hafis Abdul Karim TUDM serta pegawai-pegawai kanan SPRM.
ATM, SPRM perkukuh kerjasama cegah rasuah, perkongsian maklumat

Key takeaways
ATM dan SPRM memperkukuh kerjasama untuk cegah rasuah dan tingkatkan tadbir urus melalui nota kerjasama.
- Nota kerjasama dimeterai semasa kunjungan Ketua SPRM ke ATM.
- Kerjasama ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PAT ke-24 tentang tatakelola dan integriti.
- Nota kerjasama ditandatangani oleh pihak ATM dan SPRM dengan saksian ketua mereka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Isu MyEG, Zetrix AI: SPRM terima aduan rasmi, kerjasama dengan PDRM
- Utusan Malaysia Pesawat tempur FA-50M perkukuh doktrin cegah rintang TUDM
- Sinar Harian ATM, SPRM perkukuh kerjasama cegah rasuah, perkongsian maklumat (this story)
- Utusan Malaysia ATM, SPRM perkukuh kerjasama cegah rasuah









