KUALA LUMPUR - Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 169.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain di Selangor yang mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Petaling Jaya (158), Klang (156), Banting (154) dan Shah Alam (153)Turut mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat, tiga kawasan di Melaka, iaitu Alor Gajah (165), Bukit Rambai (164) dan Bandaraya Melaka (161), selain Nilai (164), Seremban (164) dan Port Dickson (120) di Negeri Sembilan.Sementara itu, bacaan IPU di dua kawasan di Kuala Lumpur, iaitu Batu Muda dan Cheras masing-masing mencatatkan 164 dan 152, manakala Putrajaya pula mencatatkan 154.Sebanyak enam kawasan di Johor juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Tangkak (161), Pasir Gudang (157), Batu Pahat (156), Larkin (140), Kota Tinggi (128) dan Kluang (105).Turut terjejas Rompin (155) dan Indera Mahkota, Kuantan (152) di Pahang; IPD Serian (139) dan Sri Aman (113) di Sarawak; serta Tasek Ipoh (136), Pegoh Ipoh (125) dan Seri Manjung (114) di Perak.Sebanyak 38 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana di seluruh negara manakala hanya tiga kawasan, iaitu Labuan (48), Kimanis di Sabah (43) dan Limbang di Sarawak (35) merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama