KUALA LUMPUR - Sistem kutipan tol secara 'Aliran Pantas Pelbagai Lorong' (MLFF) akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) apabila dilaksanakan sepenuhnya kelak.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penggunaan teknologi itu selari dengan perkembangan semasa yang menyaksikan AI semakin penting dalam sektor kejuruteraan jalan raya.Menurutnya, Kementerian Kerja Raya (KKR) turut menggunakan AI dalam pengurusan, perancangan dan penyelenggaraan jalan raya termasuk jalan Persekutuan, jalan negeri serta jalan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)."Teknologi ini sangat dinamik. AI yang disebutkan 'artificial intelligence', sudah tentulah kita sudah buat aplikasi pun dalam kita mengurus, merancang dan menyelenggarakan jalan-jalan kita."Jalan Persekutuan, semua jalan sudah. Jalan di peringkat negeri, jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kita menggunakan AI."Baru-baru ini saya dah dijemput ke pusat monitoring, di mana teknologi digital ini digunakan dan 'artificial intelligence' pun digunakan. MLFF, (iaitu) 'multi-lane fast-flow', bila dilaksanakan sepenuhnya, sudah tentunya menggunakan AI juga," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan 13th Malaysia Road Conference Exhibition 2026 dan 6th International Road Federation Global Asia-Pacific Regional Congress di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.Persidangan bertemakan Transforming the Nation Through Future Ready Roads itu menghimpunkan pakar dan pemain industri bagi berkongsi teknologi serta inovasi dalam bidang kejuruteraan jalan.Persidangan itu menerima penyertaan lebih 1,000 peserta, selain menyaksikan pembentangan 121 kertas kerja teknikal merangkumi 10 subbidang serta 112 ruang pameran wakil industri dalam dan luar negara.Justeru, Alexander berpandangan, penggunaan teknologi dan inovasi penting bagi memastikan pembangunan infrastruktur jalan raya negara lebih berkualiti, berdaya tahan dan mampan.Menurutnya, perkembangan teknologi yang dinamik memerlukan usaha berterusan bagi memastikan sektor kejuruteraan jalan raya negara terus berkembang seiring dengan kemajuan semasa.Beliau memaklumkan, fokus KKR bukan sekadar membina jalan raya, tetapi turut memastikan infrastruktur berkenaan lebih berkualiti, berdaya tahan dan mampan melalui penggunaan teknologi serta inovasi demi kesejahteraan rakyat.Dalam pada itu, Alexander berkata, persidangan berkenaan memberi peluang kepada jurutera tempatan dan profesional antarabangsa berkongsi pengetahuan serta meneroka perkembangan teknologi terbaharu dalam industri kejuruteraan jalan raya.Tambahnya, program itu turut memberi perhatian kepada pembangunan bakat muda menerusi program Young Engineers and Professionals (YEP) bagi membolehkan golongan itu menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang kejuruteraan jalan raya.Selain itu, beliau berkata, pertandingan AI-Pathfinder turut diperkenalkan bagi meneroka penggunaan kecerdasan buatan dalam bidang berkenaan, selain pelbagai program berkaitan inovasi yan
Sistem kutipan tol MLFF bakal guna teknologi AI - Alexander
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Sistem kutipan tol MLFF bakal guna teknologi AI - Alexander (this story)
- Free Malaysia Today Sistem tol tanpa henti akan guna AI, kata menteri







