Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata penggunaan teknologi itu dalam sektor jalan raya selaras usaha memperkukuh pembangunan infrastruktur pintar negara.KUALA LUMPUR: Teknologi kecerdasan buatan (AI) akan turut digunakan dalam pelaksanaan sistem kutipan tol aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) apabila dilaksanakan sepenuhnya kelak, kata Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi.

Menurutnya, AI turut diaplikasikan dalam pengurusan, perancangan dan penyelenggaraan jalan raya, termasuk jalan persekutuan serta negeri.

Jelasnya, penggunaan teknologi itu dalam sektor jalan raya selaras usaha memperkukuh pembangunan infrastruktur pintar negara.

"Kita mesti bersama dengan pemain industri di seluruh dunia sebab teknologi ini sangat dinamik. AI tentulah kita sudah gunakan dalam mengurus, merancang dan menyelenggara jalan raya.