ISKANDAR PUTERI: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bertindak menangkap lima anjing liar susulan kejadian serangan haiwan berkenaan di Lima Kedai di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad, berkata operasi itu akan diteruskan bagi memastikan keselamatan penduduk terutama kanak-kanak di kawasan dan taman perumahan perumahan.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan selepas menerima maklumat daripada Ketua Kampung Lima Kedai berkaitan beberapa kejadian mangsa dikejar dan diserang anjing pada hari sama.

Beliau berkata, masalah lebih serius boleh berlaku sekiranya tidak ditangani segera.