SHAH ALAM - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan kepada empat individu pada minggu lepas. Pengakuan C. Agilan, 51, direkodkan di hadapan Majistret Ameera Mastura Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyaratLelaki itu didakwa memandu sebuah lori di bawah pengaruh dadah methamphetamine dan amphetamine yang menyebabkan dia tidak berdaya mengawal kenderaan sehingga mengakibatkan kecederaan ke atas empat individu berusia 17 hingga 58 tahun pada 4.30 petang 9 Oktober di Persiaran Mokhtar Dahari di sini. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda hingga RM50,000, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Alia Anisa Khairus Masnan menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dan memohon supaya lesen memandu lelaki itu diserahkan kepada mahkamah hingga kes selesai. Peguam Rohan Singh memohon mahkamah menetapkan jaminan minimum kerana anak guamnya menanggung isteri yang tidak bekerja dan anak berusia 11 tahun dengan gaji kira-kira RM1,700 sebulan. Mahkamah membenarkan jaminan RM9,000 dan lesen memandu ditarik hingga kes selesai serta menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes. Di mahkamah berasingan, Agilan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah tersebut ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di sini jam 11.30 malam hari yang sama.Pertuduhan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Nur Amirah Zahari memohon jaminan ditetapkan pada RM7,000. Wan Noora Nisa membenarkan jaminan RM3,900 dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Jan 2027. Pada minggu lepas, empat individu cedera termasuk seorang parah selepas sebuah lori 10 tan yang dipandu melawan arus merempuh 11 kenderaan di lampu isyarat Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari. - Bernama TAG: Mahkamah, lori, dadah, cedera, Persiaran Mokhtar Dahari
Pemandu lori rempuh 11 kenderaan mengaku tidak bersalah memandu di bawah pengaruh dadah

Key points
- SHAH ALAM - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan kepada empat individu pada minggu lepas.
- Lelaki itu didakwa memandu sebuah lori di bawah pengaruh dadah methamphetamine dan amphetamine yang menyebabkan dia tidak berdaya mengawal kenderaan sehingga mengakibatkan kecederaan ke atas empat individu berusia 17 hingga 58 tahun pada 4.30 petang 9 Oktober di Persiaran Mokhtar Dahari di sini.
- Timbalan Pendakwa Raya Alia Anisa Khairus Masnan menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dan memohon supaya lesen memandu lelaki itu diserahkan kepada mahkamah hingga kes selesai.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian , Utusan Malaysia , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lori rempuh 11 kenderaan: Pemandu positif dadah
- Berita Harian Pemandu lori rempuh 11 kenderaan didakwa esok
- Sinar Harian Pemandu lori rempuh 11 kenderaan mengaku tidak bersalah memandu di bawah pengaruh dadah (this story)








