SHAH ALAM: Pemandu lori merempuh 12 kenderaan di Persiaran Mokhtar Dahari, dekat sini, Jumaat lalu, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini terhadap dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah hingga mencederakan empat individu dan mengambil barang terlarang itu.
C Agilan, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ameera Mastura Khamis.
Mengikut pertuduhan, dia dituduh memandu dalam keadaan positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine yang menyebabkannya tidak berdaya mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kecederaan kepada empat individu berusia 58, 53, 17 dan 29 tahun.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 44(1A) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum mengikut seksyen akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM50,000, jika sabit kesalahan.









