KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari bergelar suami, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali berbahas di Dewan Rakyat, hari ini dengan membangkitkan permasalahan jerebu yang sedang dihadapi negara.
Terdahulu ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027, Syed Saddiq menggariskan tiga langkah tegas yang perlu diambil oleh kerajaan antaranya menghantar nota diplomatik kepada Indonesia.
Katanya, masalah jerebu yang sedang melanda negara bukan saja memberi impak kepada kesihatan rakyat tetapi turut mengakibatkan kehilangan pembelajaran akibat penutupan sekolah.
"Tidak memadai sekadar menghubungi Presiden atau mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon. Kita perlu melakukan lebih daripada itu.









