Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah selamat diijabkabul sebagai pasangan suami isteri hari ini.KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah selepas pasangan itu diijabkabulkan dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Aras 118, Menara Merdeka Maybank di sini.
Syed Saddiq, 34, dan Bella, 32, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, disatukan dengan sekali lafaz pada 10.40 pagi oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Bella menerima mas kahwin RM500 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki, yang dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak perempuan.







