KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 di Istana Negara.

Turut berangkat ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, yang mewakili Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Menerusi kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Media sebelum ini melaporkan, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-272 sepatutnya berlangsung pada 24 hingga 25 Jun lalu, namun ditangguhkan.