KUALA TERENGGANU: Pemandu lori maut selepas kenderaannya merempuh belakang lori lain di Kilometer 428.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.
Mangsa, Divakgar a/l Anbalagan, 26, tersepit di bahagian pemandu sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata kemalangan itu membabitkan dua lori, di laluan yang sama.
"Lori depan bergerak lurus sebelum dilanggar dari arah belakang dan pemandunya cedera ringan," katanya.








