Istana Negeri Sembilan turut menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan media berkait kehadiran Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ke mesyuarat Majlis Raja-Raja. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Istana Negeri Sembilan menjelaskan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak memerlukan jemputan untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja, susulan laporan media berhubung perkara berkenaan.

Pengelola Bijaya Diraja Azizi Mohamad Ali turut menjelaskan Tuanku Muhriz tidak menerima sebarang surat atau warkah jemputan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku pengerusi mesyuarat untuk menghadiri mesyuarat pra-Majlis Raja-Raja.

Jelasnya, baginda juga telah memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dijadual berlangsung mulai esok hingga 15 Okt.