Pada Sabtu, serangan Houthi mengenai terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, korbankan 13 orang, cederakan 309 yang lain. (Gambar Reuters)ISTANBUL: Arab Saudi pada Isnin mengumumkan pelanjutan penggantungan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh susulan beberapa siri serangan terhadap kemudahan itu, lapor Anadolu Ajansi.

Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam dalam kenyataan memaklumkan, penggantungan operasi itu dilanjutkan bagi melengkapkan prosedur yang diperlukan untuk memastikan keselamatan kemudahan lapangan terbang serta tahap kesiapsiagaan operasinya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menyatakan bila operasi lapangan terbang berkenaan akan disambung semula.