RSN Rayer berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan RM5 juta bagi pembangunan masjid baharu di kawasan Parlimen Jelutong.KUALA LUMPUR: DAP tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu atau kedudukan Islam, kata wakil rakyatnya RSN Rayer ketika mempertahankan pendirian parti berhubung peningkatan peruntukan pembangunan Islam dalam Belanjawan 2027.
Rayer (PH-Jelutong) berkata, DAP menghormati Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam, Raja Melayu, bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.
Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan RM5 juta bagi pembangunan masjid baharu di kawasan Parlimen Jelutong.
“Sebab itu, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan dana RM5 juta untuk pembangunan masjid baharu di Parlimen Jelutong,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fparlimenmalaysia1sde2s_158343.png&w=480&output=webp&q=85&we)