Seremban: Istana Negeri Sembilan menafikan laporan yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menerima jemputan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, Tuanku Muhriz tidak memerlukan jemputan untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang berlangsung di Istana Negara mulai esok hingga Khamis ini.

Katanya, Baginda tidak menerima surat atau warkah jemputan daripada Pengerusi Mesyuarat, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah untuk menghadiri mesyuarat Pra-Majlis Raja-Raja (Pre-Council Meeting).

"Istana Negeri Sembilan ingin menjelaskan berkaitan laporan media yang tersiar pada hari ini bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menerima surat jemputan untuk berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah tidak benar.