KUALA LUMPUR: Pengarah filem Kacau, Muzzamer Rahman, menarik nafas lega apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menjelaskan tiada unsur penyelewengan dana dikesan membabitkan syarikat produksi Le Mediator Studio yang dikaitkan dengannya.

Muzzamer berkata, penjelasan rasmi badan itu penting bagi memperbetulkan persepsi rakan industri dan orang ramai susulan dakwaan yang tersebar, selain mengelakkan namanya terus dikaitkan dengan tuduhan berkenaan.

Katanya, beliau sememangnya menantikan kenyataan rasmi FINAS kerana bimbang penjelasan yang dibuat sendiri akan dipertikaikan pihak tertentu.

"Saya sangat bersyukur dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, kerana memang menunggu kenyataan rasmi badan itu.