KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mesti mengemuka jumlah sebenar pegawai perubatan yang ditawarkan untuk berkhidmat dan melaporkan diri di Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodi, berkata petugas kesihatan sedia ada di Sarawak kini bekerja dalam keadaan tertekan.

Katanya, apa yang lebih membimbangkan data menunjukkan hanya enam pegawai perubatan hadir melaporkan diri di Hospital Sri Aman berbanding 20 individu yang dijadualkan berkhidmat di hospital berkenaan.

"Jadi saya minta KKM sahkan angka ini dan nyatakan jumlah sebenar pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan, melaporkan diri dan tidak melaporkan diri di hospital dan klinik ditetapkan.