TANJUNG MALIM – Anak sulung kepada mendiang Tan Sri Khoo Chong Kong yang merupakan bekas Ketua Polis Perak menyifatkan ayahnya seorang yang tegas semasa bekerja tetapi menyeronokkan apabila bersama keluarga di rumah.
Menurut Datin Rita Koo Swee Kim, mendiang ayahnya merupakan seorang yang sangat sibuk dan sekiranya mengikut operasi tidak akan pulang ke rumah selama satu atau dua bulan.
“Dia (mendiang) banyak menghabiskan masa sebagai polis cawangan khas (SB) berurusan (memerangi ancaman) komunis.
“Seorang ayah yang sangat baik. Tidak garang. Mungkin dia agak tegas dalam kerja tetapi di rumah sangat menyeronokkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di sini hari ini.








