KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw kebangsaan bakal diperkuat enam pemain program pelapis sebagai langkah memperkukuh kedalaman skuad bagi menghadapi cabaran Sukan SEA 2027 di laman sendiri.

Ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun berkata, 21 pemain akan dikekalkan dalam program kebangsaan tahun depan, namun senarai nama mereka masih belum dimuktamadkan berikutan penilaian prestasi semasa.

Katanya, barisan kejurulatihan akan meneliti pencapaian pemain di pentas antarabangsa dan liga domestik sebelum membuat keputusan, termasuk kemungkinan berlaku perubahan dalam senarai sedia ada.

"Bagi pasukan kebangsaan, tahun depan kita akan kekalkan 21 pemain. Cuma dari segi senarai nama, kita akan putuskan dalam masa terdekat berdasarkan prestasi pemain di peringkat antarabangsa dan juga liga domestik.