KUALA LUMPUR: IJM Corporation Bhd (IJM) memperoleh kontrak baharu bernilai kira-kira RM3 bilion bagi tahun kewangan 2027 setakat ini, bersamaan 50 peratus daripada anggaran perolehan kontrak baharu RM6 bilion.
Penganalisis BIMB Securities, Nabil Zainoodin, berkata pencapaian itu didorong pemerolehan kontrak bernilai RM1.23 bilion daripada AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) bagi pembinaan kemudahan pembuatan semikonduktor di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah.
Beliau berkata, kontrak terbaharu itu meningkatkan nilai kontrak baharu IJM bagi tahun kewangan 2027 kepada kira-kira RM3 bilion daripada RM1.8 bilion sebelum ini, sekali gus mencapai paras minimum sasaran pengurusan sebanyak RM6 bilion hingga RM8 bilion bagi tahun kewangan berkenaan.








