Shah Alam: Pelakon dan pengacara, Janna Nick, 31, mengakui tersentuh apabila dimaklumkan rahsia sahabat baiknya, Bella Astillah, yang pernah menangis ketika menghadiri majlis kesyukuran perkahwinannya, dua tahun lalu.

Janna mendedahkan perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Bella ketika mereka bertemu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini.

Menurutnya, dia terkilan kerana tidak menyedari penderitaan ditanggung Bella ketika itu, namun bersyukur apabila sahabatnya kini menemui kebahagiaan bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Masa jumpa di litar F1, dia ada cerita perkara sebenar. Sejujurnya saya tersangat sebak. Sebagai tuan rumah, sudah tentu kita nak tetamu datang dengan gembira, tapi rupanya dia menanggung kesedihan berturut-turut masa tu.