PENYANYI dan pelakon, Bella Astillah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi Sabtu.Majlis akad nikah dikendalikan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selaku jurunikah iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan berwalikan bapa Bella Astillah, Awang Astillah Abdullah@ Dullah serta dua orang saksi, Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin dan Ustaz Mohd Nizam Md Nor.Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan daripada pihak wanita.Pada hari istimewa itu, Bella dan Syed Saddiq mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Zaimi Zulkafli.Lebih menarik Bella dan Syed Saddiq menjadi pasangan pertama yang disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik Malaysia, Merdeka 118 Precinct.Majlis bertema Islamic Arabic dihadiri 255 jemputan termasuk keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua belah pihak.Terdahulu, Bella Astillah secara rasmi mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada 28 Mac 2026. - Gempak