KUALA LUMPUR - Sebanyak 33 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 190.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain di Johor yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Tangkak (186), Larkin (185), Pasir Gudang (184), Segamat (181), Kluang (177), Kota Tinggi (172), Pengerang (169).Di Negeri Sembilan, kawasan terjejas ialah Seremban (183), Nilai (179) dan Port Dickson (164), manakala di Melaka tiga kawasan yang terjejas, iaitu Bukit Rambai (175), Bandaraya Melaka (173) dan Alor Gajah (173).Enam kawasan di Selangor turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Shah Alam (167), Johan Setia (165), Petaling Jaya (161), Klang (157), Banting (154) dan Kuala Selangor (152), manakala di Perak ialah Tasek Ipoh (174), Pegoh Ipoh (170), Tanjung Malim (168) dan Seri Manjung (152).Batu Muda dan Cheras di ibu negara pula masing-masing merekodkan bacaan 169 dan 175, manakala Putrajaya (167).Kawasan lain yang turut terjejas ialah Rompin (168), Temerloh (139) dan Indera Mahkota Kuantan (141) di Pahang, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai (123), selain dua kawasan di Sarawak, iaitu Kuching (153) dan Samarahan (109).Sebanyak 35 kawasan di seluruh negara pula mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama
33 kawasan catat IPU tidak sihat

Key takeaways
33 kawasan di Malaysia mencatatkan IPU tidak sihat, dengan Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 190.
- Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 190.
- Kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak, dan Pahang terjejas.
- 35 kawasan lain mencatatkan IPU pada tahap sederhana.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Utusan Malaysia , Berita Harian , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sri Aman antara empat kawasan catat IPU tidak sihat
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi
- Malaysiakini (BM) Jerebu makin membimbangkan, 38 kawasan catat IPU tidak sihat
- Utusan Malaysia 38 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi
- Berita Harian 37 kawasan catat IPU tidak sihat
- Sinar Harian 33 kawasan catat IPU tidak sihat (this story)








