PENGENDALI Benin, Gernot Rohr mendakwa pemain Argentina termasuk Lionel Messi tidak memberikan layanan sewajarnya kepada anak buahnya selepas aksi persahabatan yang menjadi pentas penampilan terakhir legenda itu bersama skuad kebangsaan.Benin berkunjung ke Buenos Aires pada Rabu lalu untuk menentang juara dunia 2022 itu dalam perlawanan yang turut menyaksikan Argentina meraikan perjalanan karier antarabangsa Messi yang cukup gemilang.Bagaimanapun, suasana penuh emosi di Stadium Monumental itu dicemari dakwaan Rohr apabila pemainnya dikatakan gagal mendapatkan peluang bergambar bersama Messi selain tidak dapat bertukar jersi dengan pemain Argentina.Rohr mengakui pasukannya berbangga kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada detik bersejarah buat bintang berusia 39 tahun itu, namun mengakui kecewa dengan layanan yang diterima pemainnya selepas tamat perlawanan."Kami sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada sejarah, terutama buat legenda bola sepak seperti Lionel Messi."Beraksi di Stadium Monumental juga satu pengalaman luar biasa buat pemain muda saya."Namun, satu-satunya perkara yang mengecewakan ialah pemain Argentina tidak memberikan apa-apa kepada pemain kami. Malah, sekeping gambar bersama Messi pun tidak dapat diperoleh," katanya.Menurut Rohr, hasrat pemain Benin untuk bertukar jersi dengan pemain Argentina turut tidak kesampaian apabila mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan bilik persalinan pasukan tuan rumah."Kami mahu bertukar jersi, tetapi tidak mendapat satu pun. Mereka juga tidak membenarkan kami masuk ke terowong menuju bilik persalinan."Pihak keselamatan menghalang semua orang. Ada pemain kami yang sudah membawa jersi untuk ditukar dengan pemain lain."Kami mencuba segala cara, tetapi tidak berjaya," katanya.Rohr bagaimanapun mendedahkan beliau berjaya mendapatkan tandatangan Messi menerusi jersi Argentina milik bintang itu dari 2018.Katanya, beliau menyerahkan jersi berkenaan kepada ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni sebelum ia ditandatangani Messi dan dikembalikan kepadanya.Sementara itu, Argentina menutup malam penuh emosi tersebut dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Benin.Messi melengkapkan penampilan terakhirnya dengan menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-71, sekali gus mencatatkan gol ke-126 dalam 208 penampilan bersama Argentina.Sebelum itu, beliau turut mencipta dua bantuan jaringan buat Nicolas Otamendi dan Nico Paz selepas babak pertama.Selepas perlawanan, Messi meluahkan rasa bangga kerana berpeluang menyarung jersi kebangsaan Argentina selama lebih dua dekad, selain mengakui sukar untuk menerima hakikat bahawa beliau tidak lagi akan beraksi bersama pasukan itu."Satu penghormatan besar dapat menyarung jersi ini selama lebih 20 tahun."Tidak lagi datang ke sini akan menjadi sesuatu yang amat menyakitkan. Saya tidak pernah berhenti berjuang dan memberikan segala-galanya."Saya bersumpah, saya mahu kembali selama-lamanya kerana bermain untuk pasukan kebangsaan Argentina ialah perkara pali
Benin kecewa pemain Argentina enggan bertukar jersi

Key takeaways
Pengendali Benin, Gernot Rohr, mengakui kecewa kerana pemain Argentina tidak memberikan layanan sewajarnya selepas perlawanan.
- Pemain Benin tidak dapat bergambar bersama Lionel Messi selepas perlawanan.
- Pemain Benin tidak dibenarkan bertukar jersi dengan pemain Argentina.
- Rohr mengakui kecewa dengan layanan yang diterima pemainnya selepas perlawanan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Marhan enggan kecewa kali ketiga
- Berita Harian Marhan enggan kecewa kali ketiga
- Sinar Harian Benin kecewa pemain Argentina enggan bertukar jersi (this story)








