sukan@hmetro.com.my

Gifu: Kapten skuad hoki lelaki negara, Muhamad Marhan Mohd Jalil tidak rela skrip kekecewaan berulang apabila beraksi buat kali ketiga di pentas final Sukan Asia, kali ini menentang juara bertahan, India di Stadium Gifu, esok.

Marhan yang turut beraksi pada dua final terdahulu di Guangzhou 2010 dan Jakarta-Palembang 2018, mahu memastikan peluang ketiga itu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membantu Malaysia meraih pingat emas, sekali gus melayakkan diri secara automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Pada edisi 2010, Speedy Tigers tewas 0-2 kepada Pakistan, manakala pada final 2018, Malaysia berdepan kekecewaan lebih perit apabila melepaskan kelebihan 5-2 sebelum terikat 6-6 dengan Jepun, sekali gus tewas 1-3 menerusi penentuan penalti shoot-out.