Kota Tinggi: Polis menahan tiga wanita di sini, petang semalam bagi membantu siasatan kes pemalsuan surat cuti sakit (MC) disyaki digunakan untuk memperdaya majikan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, ketiga-tiga wanita berusia antara 22 hingga 23 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.20 petang.

Katanya, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan sebuah klinik swasta berhubung kegiatan pemalsuan MC jam 2.47 petang, 5 Oktober lalu.

"Siasatan awal mendapati suspek pertama dipercayai membeli sijil cuti sakit palsu sebelum menyerahkan dokumen berkenaan kepada majikannya.