KOTA TINGGI – Tiga wanita tempatan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pemalsuan sijil cuti sakit (MC) di daerah ini.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, penahanan ketiga-tiga suspek berusia 22 hingga 23 tahun dilakukan kira-kira jam 3.20 petang, Sabtu lalu.Menurutnya, kes itu mula dikesan selepas polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan lelaki sebuah klinik swasta pada 5 Oktober lalu."Pengadu memaklumkan terdapat individu tidak bertanggungjawab yang memalsukan dokumen sijil cuti sakit."Siasatan awal mendapati suspek pertama dipercayai membeli sijil cuti sakit palsu sebelum menyerahkannya kepada majikannya."Suspek kedua pula dipercayai bertindak sebagai orang tengah dengan membantu suspek pertama mendapatkan sijil cuti sakit berkenaan daripada suspek ketiga," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan dan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.Katanya, semakan rekod mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan narkotik, manakala dua lagi tidak mempunyai rekod jenayah."Polis percaya penahanan ketiga-tiga suspek ini dapat membantu siasatan terhadap beberapa kes berkaitan pemalsuan dokumen sijil cuti sakit yang berlaku di sekitar daerah Kota Tinggi," katanya.Yusof berkata, ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.Mahkamah membenarkan reman selama empat hari bermula 19 hingga 22 Oktober ini bagi membantu siasatan lanjut.Mengulas lanjut, beliau berkata, Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.Sementara itu, Seksyen 471 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil membantu polis bagi melengkapkan siasatan.
Tiga wanita ditahan disyaki palsukan sijil cuti sakit

Key takeaways
Tiga wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemalsuan sijil cuti sakit di Kota Tinggi.
- Suspek berusia 22 hingga 23 tahun ditahan pada 15 Oktober.
- Kes mula dikesan selepas laporan daripada pegawai perubatan klinik swasta.
- Satu daripada suspek mempunyai rekod jenayah narkotik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Tiga wanita ditahan disyaki palsukan sijil cuti sakit (this story)
- Berita Harian Sijil sakit palsu: Tiga wanita ditahan di Kota Tinggi








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fradzi12_663069.png&w=480&output=webp&q=85&we)
