KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes curi motosikal jenis Honda RS150 yang berlaku di sekitar Bukit Bintang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya menerima laporan pada 14 Oktober mengenai kehilangan motosikal tersebut yang dipercayai berlaku pada 26 September lalu.
“Hasil tindakan berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis berjaya menahan tiga suspek berusia 23 hingga 32 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.
“Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.









