Kota Bharu: Aktivis masyarakat, Abbe Hae menyifatkan Kelantan akan dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) dan komuniti Rohingya pada tahap membimbangkan jika ia tidak ditangani secara serius dan berkesan.

Abbe Hae atau nama sebenarnya Mohd Azhar Mohd Adnan yang juga pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan berkata, dia sendiri mendapat banyak maklumat daripada masyarakat berhubung isu berkenaan terutama komuniti Rohingya.

Menurutnya, walaupun komuniti Rohingya tidak mengancam nyawa penduduk, namun kehadiran mereka terutama yang semakin meningkat di kawasan tertentu meresahkan dan membimbangkan penduduk.

"Berdasarkan pemantauan kami, empat daerah merekodkan kehadiran komuniti Rohingya paling tinggi adalah Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Pasir Mas.