TANJUNG MALIM – Faktor cuaca yang tidak menentu dan risiko bencana musim tengkujuh mutakhir ini menyebabkan Perak mengaktifkan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) bermula semalam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pusat kawalan tersebut berperanan memantau perkembangan bencana dan menyelaras tindakan agensi berkaitan.

“Operasi 24 jam akan dilaksanakan sekiranya bencana melibatkan lebih daripada tiga daerah.

“Mengambil kira keadaan cuaca tidak menentu dan risiko bencana menjelang musim tengkujuh, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah memperkukuhkan kesiapsiagaan,” kat