PETALING JAYA – Perkembangan industri pusat data di Malaysia perlu dirancang secara strategik bagi menarik pelaburan berkualiti dan memperkukuh ekonomi digital tanpa menjejaskan kelestarian tenaga, sumber air serta alam sekitar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perancangan itu perlu mengambil kira kesiapsiagaan infrastruktur, bekalan tenaga dan kecekapan penggunaan sumber bagi memastikan pertumbuhan industri berkenaan dapat dilaksanakan secara mampan.
“Sewaktu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini, beberapa perkara diteliti antaranya cabaran industri pusat data, khususnya kesiapsiagaan infrastruktur,









