KUALA LUMPUR: Kerajaan mengasingkan keperluan bekalan elektrik pusat data daripada sistem bekalan sedia ada untuk pengguna domestik dan industri lain bagi memastikan operasi sektor berkenaan tidak melibatkan elemen subsidi.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu penting memandangkan pusat data di Malaysia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan untuk kegunaan domestik, malah turut memenuhi keperluan pelabur luar negara sebagai sebahagian daripada model perniagaan mereka.
“Sejak saya mengambil alih kementerian, saya telah mengubah dasar supaya bekalan elektrik bagi pusat data dibezakan daripada bekalan elektrik biasa yang kita peroleh daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk pengguna domestik dan industri yang tidak berkaitan dengan pusat data.









