Johari Abdul Ghani berkata kerajaan tetap pelbagai syarat memastikan syarikat dan penyedia perkhidmatan tempatan turut mendapat manfaat daripada kemasukan pelaburan pusat data. (Gambar Envato Elements)KUALA LUMPUR: Kerajaan memperketat syarat pelaburan pusat data di negara ini dengan mengenakan tarif elektrik mengikut harga pasaran, selain mewajibkan pengendali membayar penuh kapasiti tenaga yang ditempah walaupun tidak digunakan sepenuhnya.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Abdul Ghani, berkata tarif elektrik bagi pusat data kini diasingkan daripada kategori pengguna lain bagi memastikan sektor itu tidak lagi bergantung kepada subsidi yang dinikmati pengguna domestik dan industri biasa.