KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperketatkan syarat pelaburan pusat data bagi memastikan keperluan elektrik industri itu tidak menjejaskan bekalan pengguna domestik serta sektor ekonomi lain.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata buat masa ini sejumlah 57 pusat data sudah mula beroperasi di negara ini dengan menggunakan kapasiti elektrik sebanyak 6,230 megawatt (MW).

Beliau berkata, terdapat 60 pusat data lagi yang sudah diluluskan atau masih dalam pelbagai peringkat pembangunan di Malaysia dijangka beroperasi dan memerlukan kapasiti 11,172 MW.

Katanya, kerajaan juga mahu kos menaik taraf infrastruktur berkaitan, termasuk talian penghantaran elektrik dimasukkan dalam perbelanjaan pelabur yang membangunkan pusat data berkenaan.