Baru-baru ini, syarikat penyelidikan BMI menyatakan Malaysia mempunyai 125 pusat data dengan 925.6MW kapasiti aktif, 2GW dalam pembinaan, dan 3.1GW lagi dalam perancangan. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Bilangan pekerjaan langsung yang diwujudkan daripada pusat data tidak berkadar terus dengan jumlah pelaburan yang diumumkan, kata Menteri Sumber Manusia R Ramanan.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Ramanan berkata, hal demikian kerana pusat data merupakan projek berintensifkan modal, dengan sebahagian besar pelaburan disalurkan untuk perolehan peralatan berkualiti tinggi, infrastruktur elektrik, dan sistem penyejukan.
"Walau bagaimanapun, majoriti pekerjaan yang diwujudkan dalam sektor ini adalah bernilai tinggi dan memerlukan kemahiran teknikal yang khusus," katanya.





