Kerajaan negeri tawar Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) kepada pemegang UEC berasaskan prinsip pendidikan seharusnya merentasi batas kaum dan etnik. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak disyarat menguasai bahasa Melayu untuk layak menerima Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) Sarawak, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr Annuar Rapaee.

Beliau berkata, kelayakan bergantung kepada memenuhi syarat kemasukan akademik dan program khusus di empat institusi yang terlibat – Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin Malaysia, dan Kolej Universiti i-CATS.