KUALA LUMPUR: Isteri penyanyi kumpulan Alleycats, mendiang Datuk Loganathan Arumugam, iaitu Datin Susan Lovie, meninggal dunia pada usia 69 tahun, kelmarin.

Berita pemergian Susan disahkan anak perempuannya yang juga penyanyi dan penulis lagu, Dasha Logan, menerusi kenyataan. awal pagi semalam.

Dasha, 38, berkata ibunya menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 8.47 pagi kelmarin.

"Ibu sudah 10 hari dirawat di hospital selepas dikejarkan dengan ambulans kira-kira jam 1.30 pagi pada 2 Oktober lalu apabila keadaan kesihatannya merosot.