KUALA LUMPUR: Penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober lalu menjana faedah ekonomi hampir RM950 juta kepada negara, dengan penilaian kos-faedah sedang dilaksanakan bagi menentukan kesesuaian Malaysia kembali menganjurkan perlumbaan itu pada masa hadapan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, berkata penilaian berkenaan dilaksanakan SIC bersama firma perunding yang dilantik bagi membandingkan manfaat ekonomi yang dijana dengan kos yang ditanggung dalam penganjuran berkenaan.

Beliau berkata, penilaian itu akan mengambil kira perincian kos penganjuran serta kesan ekonomi sebelum hasilnya dijadikan antara asas pertimbangan kerajaan sekiranya Malaysia berhasrat kembali menganjurkan F1.