Alor Setar: Tiga remaja lelaki cedera selepas bendera dibawa ketika Perarakan Tokong Sayur dipercayai terkena talian pencawang elektrik bervoltan tinggi di Mergong, di sini, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam tadi ketika ribuan peserta perarakan itu berarak di jalan utama di Mergong sebelum bendera yang dibawa terkena wayar elektrik.
Difahamkan, bendera dipegang salah seorang remaja itu ditiup angin kencang sewaktu hujan renyai menyebabkan ketiga-tiga remaja terbabit berusia 16 dan dua lagi berusia 17 tahun terjatuh.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Bahiyah (HSB) dan dirawat di Zon Merah.









